Friday, October 9, 2009

Tahukah Anda?

Sebagai seorang manusia, kita sentiasa mencari ilmu di setiap sudut yang ada. Berbekalkan akal dan fikiran yang dianugerahkan Tuhan, kita sentiasa mempunyai naluri untuk bertanya...

"Kenapa laut berwarna biru?"

" Kenapa awan tak dapat di sentuh?"

Lazim bagi seorang kanak-kanak untuk mempunyai daya inquiri yang tinggi berbanding dewasa. Sebenarnya makin kita meningkat dewasa, makin banyak kita tak tahu. Dari itu, carilah ilmu dimana-mana jua.

Jangan kedekut ilmu, terutama sekali jika anda bergelar guru.

Dan pada orang-orang muda....janganlah sesekali berhenti bertanya.

Sebagai iktibar, renungkanlah video ini:

Wednesday, October 7, 2009

Memori Sesi Petang

"rindu betul aku dengan sekolah sesi petang..."

"Yerlah, tak payah nak bangun awal....bergegas nak bersiap, jalan pun tak jem macam awal pagi."

"Engkau memang laa....tak ade anak, tak ade tanggungan...boleh laa bangun lambat."

------------------

Walaupun SMK Tun MAmat kini dah menjadi sekolah satu sesi, aku masih lagi merindui kenangan masa mengajar di waktu petang. Pelajar yang hanya seratus lebih orang lebih mudah untuk di kawal dan di jaga. Yang ada, cuma kelas peralihan, kelas tingkatan 1D, 1E, 1F, 1G dan 2D, 2E, 2F dan 2G.

Dengan bilangan guru yang berapa kerat je, kami berjaya menguruskan sekolah sesi petang dengan baik. Hmm....mungkin ada hikmahnya, apa yang penting kita teruskan tugas sebagai guru atas tanggungjawab yang diamanahkan.

Yang tinggal sekarang hanya kenangan yang manis yang tak dapat dilupakan...



Dari kiri barisan kedua: Pn. Fuziah, Pn. Hamidah, Pn. Tee Lee Har, Pn. Zulina, Cik Pang Chin Choo, Pn. Zalifah, Pn. Indah, Cik Noriati, Pn. Salasiah, Cik Lok, Pn. Aidah, Cik Norsyazayana

Dari kiri barisan depan: Ust. Hussin, En. Hafizam, En. Zacky, En. Tay Kim Seng, En. Amri, Pn. Salmah, Pn. Dayang

PMR!

Minggu ini maka bermulalah Peperiksaan Menengah Rendah serentak di seluruh negara. Pelajar-pelajar Form 3 semua berdebar-debar menanti kertas soalan disajikan di depan mata. Para-para cikgu pula bersengkang mata berdoa harap-haraplah anak muridnya berjaya mencapai keputusan yang baik. Sekurang-kurangnya results yang dapat menghindarkan dirinya daripada kena menjawab dengan Pengetua. :P

Kepada anak-anak murid sekalian, jawablah dengan tenang dan jujur. Jangan sia-siakan usaha dan doa guru-guru sekolah. Emak dan bapak pun dah labur banyak cash untuk membeli buku, hantar ke pusat tuisyen....dengan harapan ada hasil.

Apa-apa pun, jangan laa terjadi seperti hang tuah kita ni...

Sunday, October 4, 2009

Orang kampung beraya di KL

"1o tahun aku menetap di KL, tapi sekarang aku jadi orang kampung masuk KL..."

Itulah lumrah bila dah banyak merantau. Bermula di Sabah, kemudian ikut keluargaku ke Semenanjung, tinggal di Selayang, kemudian di Kg. Datuk Keramat.

Ikut pula jejak emak aku ke Wangsa Maju, Subang Jaya, Johor.

Belajar di Sg. Buloh, Serdang dan kemudian ke Kelantan.

Bekerja di Johor Bahru dan akhirnya di Tangkak.

Pekan koboi dahulunya....sekarang jadi bandar koboi. Tunggu masa je nak jadi bandaraya koboi.

So jadinya, raya tahun ini aku bawa keluarga ke kampung abah di Tanjung Karang. Suasana kampung yang aman damai, jauh dari keheningan bandar. Memang indah dan nyaman....

------------------------------------

sawah bendang di Tanjung Karang


biru berlatarkan hijau


takde jurugambar, so ambik sesama sendiri jer laa


beraya di rumah man juli


singgah klcc...mcm suram jer hiasan klcc (lain citer bila krismas)


berangan nak ke pulau...dapat bergambar pun ok laa

----------

dua gambar terakhir di ambil di KLCC dan Aquaria pada raya ke-3. Inilah dikatakan waktu paling seswai untuk beraya di bandar KL. Memang tak sesak....kecuali rakyat-rakyat asing.

Dengan lafaz Bismillah...

"Zack, mane alamat blog kau?"

"Aku mane ade blog..."

"Laa...kau ijazah sains komputer, tapi takde blog? Abes....ade facebook?"

"Emm....tu pun takde. Malas ar..."

"sengal.... =.="

Dialog macam nie, dah berape kali aku lalui. Dari start aku tauliah tahun 2003, sampai 2008, tak pernah aku buat blog atau daftar facebook, friendster, myspace, dsb.

Agaknya atas desakan dan tekanan daripada kengkawan, aku pun mulakan lah langkah pertama memasuki alam blogging. Lagipun minggu nie ada seminar tentang membangunkan blog di sekolah aku. Agaknye kalau buat awal2 sekarang lebih senang nak faham ilmu blogging.

Bukan malas alasan aku yang sebenar, tetapi aku tak minat untuk menonjolkan diri di internet. Semua orang pun dah sedia maklum betapa volatile dan terbuka WWW. Apa-pun, aku cuba juga dengan niat yang baik dan langkah berhati-hati.

Salam perkenalan...